dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Celik Komputer

16 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada bulan Mac 2024, pihak NaDi Kg Gunung Hilir telah mengadakan kelas komputer bersama pelajar sekolah rendah. Kelas yang berlangsung sepanjang bulan Mac ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari modul Microsoft Word dan Powerpoint bagi meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan menarik minat mereka untuk belajar.

Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang pengenalan komputer seperti komponen komputer, carian maklumat di internet dan asas Ms Word. Pemahaman ini penting sebagai persediaan awal untuk melangkah ke sekolah menengah dan untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat menyertai STEM IoT iaitu para pelajar menjalankan ekperimen Hologram Mencipta Imej 3D, Wordwall (Parts of Body) & Tissue Paper Worm yang menguji minda pelajar dengan aktiviti sains yang menyeronokkan.

Pelajar juga dapat mempelajari aktiviti Learning Games iaitu para pelajar dikehendaki menjawab kuiz Asas Komputer melalui aplikasi Kahoot dan menjawab kuiz Kenali Komputer melalui aplikasi Wordwall. Kelas Celik Komputer ini dapat memberi manfaat kepada pelajar supaya celik komputer dan mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.